Wednesday, September 17, 2014

Menyediakan Plan Takaful Pendidikan



Pada masa kini, pembelajaran sistematik bermula dari awal untuk membantu anak anda meluaskan pemikiran agar mereka lebih berdaya saing. Dengan kata lainnya, ibubapa kini perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk tempoh masa yang lebih panjang untuk membayar bil pendidikan anak mereka. Ini boleh menyebabkan penyusutan kewangan yang ketara kepada mana-mana keluarga. Ibubapa boleh menyelesaikan isu ini dengan mewujudkan dana untuk menampung kos pendidikan peringkat tinggi yang meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Dalam membuat perancangan untuk pendidikan anak anda, anda mungkin mahu mempertimbangkan soalan-soalan mudah tetapi penting seperti berikut :


• Berapa jumlah perbelanjaan yang anda perlukan untuk menampung kos pendidikan anak anda?
• Apakah tahap pendidikan atau kursus yang anak anda mahu ikuti?
• Adakah sumber dana yang sedia ada mampu menampung kos pendidikan tersebut?
• Adakah pelan sedia ada anda cukup fleksibel untuk mengatasi ketidaktentuan hidup?


Realitinya, pendidikan memerlukan perbelanjaan yang mahal. Kos pendidikan kian meningkat dan  kemungkinan besar simpanan anda tidak mencukupi untuk menyediakan pendidikan peringkat tinggi kepada anak anda.

Sumber: Study Malaysia Research Team; Study in Malaysia Handbook (7th International Edition); pelbagai laman sesawang berkaitan; buku panduan pengajian daripada pelbagai negara; Nilai University College Prospectus 2011; dan International Medical University Fees 2011







Faedah-faedah Penting dalam A-LifeLink-i

A-LifeLink-i adalah pelan simpanan dan perlindungan fleksibel yang dapat melindungi anak anda dari ketidakpastian hidup. A-LifeLink-i boleh membantu untuk mencapai keperluan-keperluan berikut :

• Membentuk Dana

i) Pelan Berkaitan Pelaburan
Menyimpan secara teratur apabila anda membayar caruman dan nikmati potensi pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda.
ii) Faedah Matang Apabila mencecah tempoh matang, baki Nilai Akaun akan dibayar.

• Nikmati Perlindungan Takaful

i) Faedah Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Apabila berlaku Kematian atau TPD ke atas Orang Dilindungi, jumlah perlindungan asas dan Nilai Akaun akan dibayar.

ii) Rider-rider yang boleh disertakan
Anda boleh meningkatkan perlindungan anak anda dengan menambah rider-rider kepada pelan asas A-LifeLink-i. Pilih mana-mana daripada rider-rider berikut untuk menikmati perlindungan Takaful yang lebih menyeluruh :
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider A-Med Regular-i
• Rider Faedah Pencarum Yang Ditingkatkan
• Rider Penepian Caruman
• Faedah Kemasukan Hospital Seumur Hidup
• Faedah Pencarum Bersama Dipertingkatkan

• Faedah Lain

Pelepasan Cukai - Sumbangan yang dibayar bagi pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk pelan perubatan dan pendidikan takaful/insurans di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, tertakluk kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut anda bolehlah menghubungi saya di talian :01139780577 @ email: shahrirazrai@gmail.com


Tuesday, September 2, 2014

INSURANS / TAKAFUL KENAPA TAK BOLEH NAK CLAIM ?

Insurance penipu!! ...Insurance nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya.

Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.



Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.

Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.



Antara Sebab Utama adalah...

1. Policy Lapsed

Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.


Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.



2. Manfaat tiada didalam jadual policy

Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.

Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD"


Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan anda tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.



3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya.


B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.


4. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.


5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan A-LifeLink-i dan A-Med Regular-i

Tips untuk anda . Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.

Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.

-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."