Wednesday, February 17, 2016

Polisi Takaful RM1.5 Juta Tanpa Pemeriksaan Kesihatan

Adakah anda ingin mendapatkan Policy Takaful RM1mil TETAPI perlu melalui process PEMERIKSAAN PERUBATAN YANG TINGGI dan PEMERIKSAAN latar belakang Financial.


Tapi kini tidak lagi dengan pelan terbaru dari AIA PUBLIC TAKAFUL BERHAD.

"A-LIFE SIGNATURE - I"


Pelan yang mampu melindungi masa depan orang yang tersayang


Pelan ini memberikan anda manfaat:-


1. 100% - Pampasan jika berlaku kematian biasa atau Hilang Upaya Menyeluruh.

2. 200% - Pampasan jika kematian akibat Kemalangan.

3. 300% - Pampasan jika kematian akibat Kemalangan semasa mengunakan pengangkutan awam.

4. Menerima 100% nilai akaun apabila mencapai kematangan + 20% nilai akaun.

5. Penambahan Rider opsyenal.

6. Flexibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dan tempoh pembayaran caruman.

7. Perlindungan setinggi RM1.5mil tanpa melalui process pemeriksan kesihatan.

Inilah masa sesuai anda untuk menyemak semula nilai perlindungan Takaful / Insurans anda kerana mengikut statistic nilai perlindungan bagi rakyat Malaysia masih lagi rendah.



Hubungi saya hari ini untuk sebutharga percuma dan temujanji bagi mendapatkan penerangan yang sangat - sangat menarik ini.Bukan sahaja kami memberikan perlindungan yang tinggi malah anda juga memilih tempoh bayaran sama ada:-

1. 5 Tahun
2. 10 Tahun
3. 20 Tahun
4. Penuh

Call / SMS / Whatsapp:
011.1569.0577
Azrai - KL Imtiyaz AL Fateh Empire

atau click pada link quotation di atas.











Sunday, January 18, 2015

Kad Perubatan 1 Polisi untuk 1 Keluarga

A-Life Med Regular-i daripada AIA Public Takaful adalah satu Plan Medical Card yang sangat menarik dengan menyediakan dana pembiayaan kos perubatan yang dikenakan oleh Hospital-hospital Pakar dan Swasta selain dari Hospital Kerajaan.



Ia mampu sekurang-kurangnya mengurangkan atau menampung keseluruhan kos bill perubatan yang dikenakan terhadap pesakit dan memberi keselesaan kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital pakar atau swasta.

A-Life Med Regular-i

Berapakah Premium bulanan bagi mendapatkan Plan ini?

Pelan ini bermula dari *RM 65/ sebulan dan ianya boleh dimiliki seperti berikut:
  1. Individu (pemegang polisi)
  2. Suami + Isteri
  3. Individu (pemegang polisi) + Anak (max 4 org)
  4. Suami + Isteri + Anak (max 4 org)

Dengan memiliki Plan ini setiap peserta akan mendapat manafaat seperti rajah dibawah ini.











Rajah sebelah menunjukkan anggaran kos perubatan di Malaysia yang perlu ditanggung oleh pesakit dan adalah satu kelebihan jika sudah membuat atau memiliki sekurang-kurangnya Kad Perubatan bagi menangani masalah pembayaran kos perubatan yang akan meningkat setiap tahun.



Jadi untuk mengelakkan pekara sebegini berlaku adalah bagus untuk kita menyediakan satu Plan Kad perubatanan yang mana ianya seharusnya menjadi salah satu keperluan asas kita di masa ini.





Hubungi saya di talian: 01139780577 atau email untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi.


http://goo.gl/forms/2cg8rM9Ehp





Monday, November 10, 2014

Apa itu MLTA dan MRTA

MLTA vs MRTA

Secara am nya kita pernah dengar  Mortgage Life Insurance yang ditawarkan oleh pihak bank kepada kita. Mortgage Life Insurance ini terbahagi kepada 2.

1) MRTA : (Mortgage Reducing Term Assurance) iaitu sejenis insuran yang mirip dengan Insuran Hayat. MRTA dapat membantu peserta melangsaikan hutang jika sesuatu terjadi kepada peminjam jika berlaku kematian, cacat kekal atau mati sakit. Tuntutan hanya dibuat untuk langsaikan hutang sahaja dan tiada baki untuk waris. Manakala waris mungkin kena menambah sejumlah wang lagi untuk langsaikan faedah pinjaman kerana Sum Covered MRTA akan menyusut setiap tahun mengikut model pinjaman tetapi tidak seragam dengan pinjaman, kerana pinjaman termasuk dengan faedah/interest. Premium yang dibayar untuk MRTA pula hanya sekali sahaja dan boleh dimasukkan sekali didalam pinjaman perumahan.


2) MLTA : (Mortgage Life Term Assurances) adalah Insuran / Takaful hayat yang bertujuan untuk menjamin akan membayar sejumlah wang untuk menjelaskan baki hutang sesuatu pinjaman jika peminjam mati, sakit kritikal, mati kemalangan  dan hilang upaya kekal.  Wang tuntutan adalah sama dan cover selama yang anda inginkan tanpa susut nilai untuk langsaikan hutang pinjaman dan baki nya pula adalah untuk kegunaan waris. Premium pula boleh dibuat secara bayaran bulanan.


Perbezaan yang lebih mudah :-




KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MLTA & MRTA

Kedua-dua MLTA & MRTT ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.  Berikut adalah beberapa yang dapat saya senaraikan secara ringkas:

Kelebihan

A)  Kelebihan MLTA:

Boleh memilih untuk membayar secara berkala samada bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan.
Mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan.
Nilai perlindungan kekal sama sehingga habis tempoh.  Tidak berkurangan seperti MRTA.
Boleh menggunakan MLTA yg sama untuk unit hartanah yang berlainan, refinance dan sebagainya.  MRTA pula hanya untuk satu pembiayaan rumah sahaja.
Boleh dimasukkan sebagai pelepasan cukai pendapatan.
Boleh diletakkan penama selain dari bank.  Hatta di Takaful Ikhlas, boleh dibuat cadangan hibah.
Boleh dimasukkan lain-lain rider perlindungan tambahan (jika mahu).
Boleh dikeluarkan jumlah simpanan utk dibayar kepada financier untuk tujuan pengurangan pembiayaan atau pengurangan tempoh.
Boleh membuat pengeluaran sejumlah simpanan dari pelan tersebut untuk kegunaan peribadi.
Peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh perlindungan MLTA.
Waris peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku kematian kepada peserta pelan dalam tempoh perlindungan MLTA.


B)  Kelebihan MRTA:

Bayar sekali sahaja.
Murah.
Di hujung tempoh perlindungan, syarikat yang menawarkan MRTA kebiasaannya akan memberi keuntungan berdasarkan konsep mudharabah.  MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) keistimewaan ini.
Boleh dimasukkan sekali ke dalam pembiayaan rumah.
Kekurangan
Adapun tentang kelemahan MLTA & MRTA pula ialah seperti berikut:

A)  Kekurangan MLTA:

Lebih mahal secara perbandingan.  Sebab ia bukan hanya perlindungan, tetapi juga ada unsur simpanan.
Memerlukan komitmen sepanjang tempoh perlindungan dari segi pembayaran samada tahunan, setengah tahunan, suku-tahunan atau bulanan.
B)  Kekurangan MRTA:

Terpaksa buat MRTA semula jika buat refinance kerana MRTA hanya untuk satu pembiayaan sahaja.
Setiap satu unit hartanah, hanya boleh digunakan utk satu pelan MRTA.  Walhal MLTA boleh digunakan untuk dijadikan pelan perlindungan bagi lebih dari 1 hartanah.
Tiada jumlah penyerahan pada akhir tempoh perlindungan.
Itulah antara yang dapat saya kongsikan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan MLTA dan MRTA.


Jadi apakah produk yang sesuai untuk anda? MRTA atau MLTA?




Anda kene fikir tentang perlindungan yang tidak terdapat didalam MRTA iaitu:-
  • Perlindungan Sakit Kritikal
  • Sum Covered / Life Takaful
  • Contributor ( Perlindungan & Sumbangan bulanan PERCUMA jika berlaku penyakit kritikal)
  • Lebihan Sum Covered / Life Takaful yang akan di tinggalkan untuk waris (Keluarga)
  • Simpanan yang terjamin jika ada tuntutan ataupun tidak.
Hubungi saya segera bagi mendapatkan penerangan dan Plan MLTA anda dari AIA PUBLIC TAKAFUL.

Shahrirazrai Saharudin
Takaful Life Planner
AIA Public Takaful Berhad
call / Telegram: 011.3978.0577
Whatsapp: 011.1569.0577

Bagi mendapatkan sebutharga klik sini: Quotation

Wednesday, September 17, 2014

Menyediakan Plan Takaful Pendidikan



Pada masa kini, pembelajaran sistematik bermula dari awal untuk membantu anak anda meluaskan pemikiran agar mereka lebih berdaya saing. Dengan kata lainnya, ibubapa kini perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk tempoh masa yang lebih panjang untuk membayar bil pendidikan anak mereka. Ini boleh menyebabkan penyusutan kewangan yang ketara kepada mana-mana keluarga. Ibubapa boleh menyelesaikan isu ini dengan mewujudkan dana untuk menampung kos pendidikan peringkat tinggi yang meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Dalam membuat perancangan untuk pendidikan anak anda, anda mungkin mahu mempertimbangkan soalan-soalan mudah tetapi penting seperti berikut :


• Berapa jumlah perbelanjaan yang anda perlukan untuk menampung kos pendidikan anak anda?
• Apakah tahap pendidikan atau kursus yang anak anda mahu ikuti?
• Adakah sumber dana yang sedia ada mampu menampung kos pendidikan tersebut?
• Adakah pelan sedia ada anda cukup fleksibel untuk mengatasi ketidaktentuan hidup?


Realitinya, pendidikan memerlukan perbelanjaan yang mahal. Kos pendidikan kian meningkat dan  kemungkinan besar simpanan anda tidak mencukupi untuk menyediakan pendidikan peringkat tinggi kepada anak anda.

Sumber: Study Malaysia Research Team; Study in Malaysia Handbook (7th International Edition); pelbagai laman sesawang berkaitan; buku panduan pengajian daripada pelbagai negara; Nilai University College Prospectus 2011; dan International Medical University Fees 2011







Faedah-faedah Penting dalam A-LifeLink-i

A-LifeLink-i adalah pelan simpanan dan perlindungan fleksibel yang dapat melindungi anak anda dari ketidakpastian hidup. A-LifeLink-i boleh membantu untuk mencapai keperluan-keperluan berikut :

• Membentuk Dana

i) Pelan Berkaitan Pelaburan
Menyimpan secara teratur apabila anda membayar caruman dan nikmati potensi pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda.
ii) Faedah Matang Apabila mencecah tempoh matang, baki Nilai Akaun akan dibayar.

• Nikmati Perlindungan Takaful

i) Faedah Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Apabila berlaku Kematian atau TPD ke atas Orang Dilindungi, jumlah perlindungan asas dan Nilai Akaun akan dibayar.

ii) Rider-rider yang boleh disertakan
Anda boleh meningkatkan perlindungan anak anda dengan menambah rider-rider kepada pelan asas A-LifeLink-i. Pilih mana-mana daripada rider-rider berikut untuk menikmati perlindungan Takaful yang lebih menyeluruh :
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider A-Med Regular-i
• Rider Faedah Pencarum Yang Ditingkatkan
• Rider Penepian Caruman
• Faedah Kemasukan Hospital Seumur Hidup
• Faedah Pencarum Bersama Dipertingkatkan

• Faedah Lain

Pelepasan Cukai - Sumbangan yang dibayar bagi pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk pelan perubatan dan pendidikan takaful/insurans di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, tertakluk kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut anda bolehlah menghubungi saya di talian :01139780577 @ email: shahrirazrai@gmail.com


Tuesday, September 2, 2014

INSURANS / TAKAFUL KENAPA TAK BOLEH NAK CLAIM ?

Insurance penipu!! ...Insurance nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya.

Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.



Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.

Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.



Antara Sebab Utama adalah...

1. Policy Lapsed

Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.


Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.



2. Manfaat tiada didalam jadual policy

Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.

Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD"


Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan anda tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.



3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya.


B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.


4. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.


5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan A-LifeLink-i dan A-Med Regular-i

Tips untuk anda . Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.

Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.

-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."


Thursday, August 21, 2014

Peluang Kerjaya Sebagai Ejen Insurans (AIA PUBLIC TAKAFUL)

PELUANG KERJAYA DI BIDANG INSURANS TAKAFUL



AIA Bhd dan AIA Public Takaful Bhd telah membuka semula peluang bagi mereka yang ingin berjaya dalam bidang Takaful sebagai wakil/konsultan sepenuh masa. Tempat adalah TERHAD.


Adakah anda masih mencari peluang kerjaya untuk masa depan?
Kerjaya di mana anda dinilai setanding dengan usaha yang anda lakukan?
Memiliki empayar perniagaan dan pelanggan anda sendiri?
Tiada risiko?
Masa kerja yang fleksibel?
Cuti mengikut keperluan anda?





 
Jika ya, maka pencarian anda telah telah ditakdirkan untuk berada di syarikat Takaful dan Insurans No 1 di Malaysia.




Dia AIA Public Takaful sekarang ini kami ada menawarkan jawatan kosong sebagai ejen takaful dibawah Spesial Talent Search Program (STS).

Syarat-syarat untuk menyertai program STS AIA Bhd dan AIA Public Takaful Bhd ini adalah :

Berumur 22 - 35 tahun. Bagi yang baru menamatkan pengajian hendaklah memohon selepas 6 bulan.
Minimum memiliki Diploma yang diiktiraf.
Harus menyertai secara sepenuh masa.
Berdisiplin, berdayatahan dan mempunyai sifat ingin belajar yang tinggi.
Tidak pernah berdaftar di mana-mana syarikat takaful dan insurans.

Faedah-faedah yang ditawarkan :

Gaji RM3,000 sebulan.
Bonus jika submit permohonan melalui iPOS (iPAD) sebanyak RM3,000.
Fast Start Bonus sebanyak RM5,000.
Quality Bonus setinggi 7% dari jumlah jualan keseluruhan.
Bonus MDRT sebanyak RM1 JUTA jika anda mencapai 5 MDRT dan 1 COT dalam 10 Tahun.

Hubungi saya di talian 011 39780577 atau emailkan resuma anda ke: shahrirazrai@gmail.com
Tarikh tutup permohonan adalah 15 Sept 2014.

Saturday, August 16, 2014

Mengapa Perlu Miliki Medical Card


Medical Card adalah satu keperluan untuk semua. Alhamdulillah, kini telah banyak Syarikat Takaful memasarkan Medical Card Takaful. Namun begitu, ramai yang berangagpan mereka tidak perlu memilik Medical Card kerana masih lagi Sihat dan Majikan cover kos perubatan.  Dengan kata lain, mereka tidak merasakan adanya KEPERLUAN untuk memiliki Medical Card.  Sekiranya anda ingin mengetahui samada anda patut memiliki medical card atau sebaliknya, sila fahami dan hayati kenyataan di bawah untuk memastikan keperluan anda untuk memiliki .

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta. Medical card akan membantu anda serta merta dan anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya dengan medical card berkelompok. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memiliki medical card, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Sekalipun saya masih sihat, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi untuk memiliki medical card.

3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya mungkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.


Pasti anda sudah ketemui jawapan samada anda perlukan medical card atau sebaliknya. Tepuk dada tanyalah diri sendiri…adakah aku benar-benar perlukan medical card setelah menjawab persoalan di atas?.
 
Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan. *A-Life Link-i atau *A-Life Med Regular-i ialah plan perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.




* penerangan plan

a) A-Life Link -i (Perlindungan, Medical Card + Simpanan)
b) A-Life Med Regular-i (Stand alone Medical Card)

Bagi mengetahui dan mendapatkan penerangan PERCUMA sila hubungi saya untuk temujanji. 011 3978 0577