Monday, November 10, 2014

Apa itu MLTA dan MRTA

MLTA vs MRTA

Secara am nya kita pernah dengar  Mortgage Life Insurance yang ditawarkan oleh pihak bank kepada kita. Mortgage Life Insurance ini terbahagi kepada 2.

1) MRTA : (Mortgage Reducing Term Assurance) iaitu sejenis insuran yang mirip dengan Insuran Hayat. MRTA dapat membantu peserta melangsaikan hutang jika sesuatu terjadi kepada peminjam jika berlaku kematian, cacat kekal atau mati sakit. Tuntutan hanya dibuat untuk langsaikan hutang sahaja dan tiada baki untuk waris. Manakala waris mungkin kena menambah sejumlah wang lagi untuk langsaikan faedah pinjaman kerana Sum Covered MRTA akan menyusut setiap tahun mengikut model pinjaman tetapi tidak seragam dengan pinjaman, kerana pinjaman termasuk dengan faedah/interest. Premium yang dibayar untuk MRTA pula hanya sekali sahaja dan boleh dimasukkan sekali didalam pinjaman perumahan.


2) MLTA : (Mortgage Life Term Assurances) adalah Insuran / Takaful hayat yang bertujuan untuk menjamin akan membayar sejumlah wang untuk menjelaskan baki hutang sesuatu pinjaman jika peminjam mati, sakit kritikal, mati kemalangan  dan hilang upaya kekal.  Wang tuntutan adalah sama dan cover selama yang anda inginkan tanpa susut nilai untuk langsaikan hutang pinjaman dan baki nya pula adalah untuk kegunaan waris. Premium pula boleh dibuat secara bayaran bulanan.


Perbezaan yang lebih mudah :-




KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MLTA & MRTA

Kedua-dua MLTA & MRTT ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.  Berikut adalah beberapa yang dapat saya senaraikan secara ringkas:

Kelebihan

A)  Kelebihan MLTA:

Boleh memilih untuk membayar secara berkala samada bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan.
Mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan.
Nilai perlindungan kekal sama sehingga habis tempoh.  Tidak berkurangan seperti MRTA.
Boleh menggunakan MLTA yg sama untuk unit hartanah yang berlainan, refinance dan sebagainya.  MRTA pula hanya untuk satu pembiayaan rumah sahaja.
Boleh dimasukkan sebagai pelepasan cukai pendapatan.
Boleh diletakkan penama selain dari bank.  Hatta di Takaful Ikhlas, boleh dibuat cadangan hibah.
Boleh dimasukkan lain-lain rider perlindungan tambahan (jika mahu).
Boleh dikeluarkan jumlah simpanan utk dibayar kepada financier untuk tujuan pengurangan pembiayaan atau pengurangan tempoh.
Boleh membuat pengeluaran sejumlah simpanan dari pelan tersebut untuk kegunaan peribadi.
Peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh perlindungan MLTA.
Waris peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku kematian kepada peserta pelan dalam tempoh perlindungan MLTA.


B)  Kelebihan MRTA:

Bayar sekali sahaja.
Murah.
Di hujung tempoh perlindungan, syarikat yang menawarkan MRTA kebiasaannya akan memberi keuntungan berdasarkan konsep mudharabah.  MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) keistimewaan ini.
Boleh dimasukkan sekali ke dalam pembiayaan rumah.
Kekurangan
Adapun tentang kelemahan MLTA & MRTA pula ialah seperti berikut:

A)  Kekurangan MLTA:

Lebih mahal secara perbandingan.  Sebab ia bukan hanya perlindungan, tetapi juga ada unsur simpanan.
Memerlukan komitmen sepanjang tempoh perlindungan dari segi pembayaran samada tahunan, setengah tahunan, suku-tahunan atau bulanan.
B)  Kekurangan MRTA:

Terpaksa buat MRTA semula jika buat refinance kerana MRTA hanya untuk satu pembiayaan sahaja.
Setiap satu unit hartanah, hanya boleh digunakan utk satu pelan MRTA.  Walhal MLTA boleh digunakan untuk dijadikan pelan perlindungan bagi lebih dari 1 hartanah.
Tiada jumlah penyerahan pada akhir tempoh perlindungan.
Itulah antara yang dapat saya kongsikan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan MLTA dan MRTA.


Jadi apakah produk yang sesuai untuk anda? MRTA atau MLTA?




Anda kene fikir tentang perlindungan yang tidak terdapat didalam MRTA iaitu:-
  • Perlindungan Sakit Kritikal
  • Sum Covered / Life Takaful
  • Contributor ( Perlindungan & Sumbangan bulanan PERCUMA jika berlaku penyakit kritikal)
  • Lebihan Sum Covered / Life Takaful yang akan di tinggalkan untuk waris (Keluarga)
  • Simpanan yang terjamin jika ada tuntutan ataupun tidak.
Hubungi saya segera bagi mendapatkan penerangan dan Plan MLTA anda dari AIA PUBLIC TAKAFUL.

Shahrirazrai Saharudin
Takaful Life Planner
AIA Public Takaful Berhad
call / Telegram: 011.3978.0577
Whatsapp: 011.1569.0577

Bagi mendapatkan sebutharga klik sini: Quotation

1 comment:

  1. Excellent post, went ahead and bookmarked your site. I can’t wait to read more from you.
    takaful malaysia

    ReplyDelete